Friday, August 24, 2007

TUDUNG BAWAL UNTUK HARI RAYA





Kepada semua pembaca,
Saya ada menjual tudung bawal yang dibawa khas dari Pasar Siti Khadijah, KB Kelantan.
Keluarga saya berasal dari Kelantan, dan memang ada menjalankan sedikit sebanyak perniagaaan menjual kain(baju kurung, baju kaftan, tudung dsb) dan lain-lain(beras, jeruk, buah-buahan) semenjak dari zaman arwah nenek saya lagi.
Dengan kesedaran 9/10 rezeki kita ni datangnya dari sumber perniagaan, sayapun cubala berdikit-dikit untuk mewarisi perniagaan kecil-kecilan ini.
Perniagaan saya lebih kepada trading, iaitu menyediakan barang kepada pelanggan mengikut order yg dibuat.
Oleh kerana tidak menyimpan stok yang banyak, semua order akan memakan sedikit masa untuk sampai ke tangan pembeli.
Tetapi, jangan risau kerana saya akan cuba utk menambah koleksi dari semasa ke semasa dari segi rekaan/trend, warna dan juga jika ada barang-barang terbaru contohnya kain baju kurung dsb mengikut permintaan.

Diharap koleksi-koleksi yang ada dlm website saya ini dapat dijadikan panduan, dan memikat hati pengguna-pengguna diluar sana.




No comments: